THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, November 25, 2010

vokal terbaik korea



SEOUL, 14 OGOS 2010: Satu undian telah dijalankan oleh portal komuniti, DC Inside untuk mencari siapakah dikalangan anggota kumpulan wanita K-Pop yang mempunyai vokal terbaik.Tujuan undian dilakukan adalah untuk mengetahui siapakah dikalangan gadis-gadis itu yang betul mempunyai bakat dari segi nyanyian dan bukannya berdasarkan pada rupa atau tarian semata-mata.
Keputusannya memihak kepada ketua kumpulan SNSD, Taeyeon yang mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 64% dari undi keseluruhan. Taeyeon sebelum ini turut mendominasi pelbagai survey lain untuk mencari penyanyi yang mempunyai vokal terbaik dan namanya sering muncul untuk berada ditangga teratas.
Taeyeon jauh meninggalkan anggota f(x), Luna yang berada di tempat kedua dengan undian sebanyak 10.7%. Walaupun baru berusia 17 tahun, bakat Luna sememangnya diakui kerana dia mampu menyanyikan semula kebanyakan lagu hits Whitney Houston yang bernada tinggi dengan baik.
Tempat ketiga pula adalah ketua kumpulan Brown Eyed Girls, Jea dan antara nama-nama lain yang turut berada dalam carta ialah Park Bom dari 2NE1, Yeon Ji (SeeYa) dan Sunye (Wonder Girls).
Antara kriteria pemilihan ialah kemampuan menyanyi ketika persembahan live dan kemampuan untuk mengenakan note yang betul ketika nada tinggi

0 comments:

안녕하세요
내 사랑
내가 사랑하는
khuntoria + yongseo + adam couple

my playlist 2

my playlist


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Followers