THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, November 22, 2010



9 NOV 2010: Setelah 2 lagu hits kumpulan Girl's Generation atau SNSD berjudul Gee dan Genie diterbitkan dalam versi Jepun, kumpulan yang dianggotai 9 anak gadis sunti ini dilaporkan sibuk ketika ini dalam mempromosikan single berkenaan di negara matahari terbit.
Ternyata penerimaan peminat di Jepun begitu menggalakkan terhadap kumpulan yang dianggotai Seohyun, Jessica, Tiffany, Sunny, Hyoyeon, Taeyeon, Yoona, Yuri dan Soooyoung. Selain lagu yang diubah bahasa dan muzik, imej K-Pop mereka turut mengalami pengubahsuaian agar selari dengan imej J-Pop yang mendominasi pasaran di sana.
Namun, dalam keghairahan SNSD mengecapi populariti di sana, ia tidak bermakna mereka lupa dengan akan umbi negara mereka sendiri. Difahamkan, dalam diam-diam, peminat K-Pop telah dikejutkan dengan berita pembikinan album mini terbaru SNSD dalam bahasa ibunda iaitu Hoot.
Tambah mengejutkan, laman sesawang rasmi kumpulan ini turut mengalami transfomasi dengan penampilan terbaru mereka yang berimej retro. Teaser yang menampilkan imej mereka ala-ala gadis-gadis Bond atau Charlie's Angel telah dilancarkan berperingkat bermula pada 18 Oktober lalu.
Teaser pada hari pertama telah menampilkan Seohyun, Jessica dan Tiffany. Hari kedua pula giliran imej Sunny, Hyoyeon dan ketua kumpulan SNSD, Taeyeon. Manakala pada hari ketiga imej Yoona, Yuri dan Soooyoung pula telah didedahkan.
Album mini ini telah dilancarkan pada 27 Oktober lepas dan seperti biasa, video muzik mereka telah mendapat sambutan hangat dikalangan peminat K-Pop.
SNSD baru-baru ini telah diiktiraf sebagai kumpulan K-Pop wanita paling berjaya dari segi populariti dan pencapaian mengalahkan 4 kumpulan wanita lain iaitu 2NE1, KARA, Brown Eyed Girls dan Wonder Girls yang bakal mengadakan konsert solo di Malaysia Disember depan.
Adakah dengan imej retro ini merupakan satu cabaran kepada Wonder Girls dan syarikat rakaman JYP yang selama ini dilihat mendominasi muzik retro dalam lagu-lagunya? Sama-sama kita nantikan.

0 comments:

안녕하세요
내 사랑
내가 사랑하는
khuntoria + yongseo + adam couple

my playlist 2

my playlist


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Followers