THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, November 23, 2010

2 am



SEOUL, 20 OKT 2010: Kumpulan 2AM yang dianggotai lelaki kacak dan seksi bakal melancarkan album pertama mereka tidak lama lagi. Namun, pada 17 Oktober lalu, 2AM yang dianggotai Jo Kwon, Kee Changmin, Im Seolong dan Jung Jinwoon telah pun melancarkan lagunya berjudul Now, There's No More di laman web rasmi mereka iaitu di 2am.ibighit.com.
Lagu yang berentak balada segar ini merupakan hasil ciptaan komposer popular Korea iaitu Kim Jong Min.
Apa yang pasti, sebaik saja lagu ini dilancarkan,sambutan yang diterima oleh mereka daripada peminat pada hari yang sama adalah di luar daripada jangkaan yang mana ramai peminat fanatik kumpulan ini telah mengunjungi laman web tersebut secara terus menerus untuk memuat turun lagu berkenaan.
Difahamkan, disebabkan insiden inilah, laman web yang memaparkan segala foto, video dan cerita menarik berkaitan dengan kumpulan ini telah tergendala operasinya buat seketika dek kerana tidak dapat menampung jumlah kunjungan yang terlalu ramai dalam satu tempoh masa yang sama. Malah, sistem laman web ini terpaksa ditukar kepada yang baru hanya kerana penangan lagu ini.
Sehingga ke hari ini, laman web ini masih lagi terganggu dan masih belum beroperasi secara lancar.
Dimaklumkan, album tersebut akan dilancarkan pada 26 Oktober ini dan 4 jejaka kacak ini akan mengikut pelan promosi secara besar-besaran.

0 comments:

안녕하세요
내 사랑
내가 사랑하는
khuntoria + yongseo + adam couple

my playlist 2

my playlist


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Followers