THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, November 22, 2010

lelaki banjiri konsert korea


1 NOV 2010: Sungguh pun konsert Korean Pop Night 2010 lebih banyak membariskan 6 kumpulan artis lelaki Korea Selatan yang terdiri daripada Big Bang, FT Island, SHINee, The Boss (D-NA), ZE:A, Infinite, namun hampir separuh dewan expo Singapura telah dibanjiri peminat lelaki.
Fenomena ini adalah disebabkan kehadiran satu-satunya kumpulan wanita di dalam konsert itu iaitu saja iaitu Girl Generation atau SNSD. Malah, boleh dikatakan dari hampir 9,000 penonton yang hadir pada malam itu, kebanyakannya terdiri dari peminat fanatik Girl Generation yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Kota Singa tersebut.
Selain Girl Generation, kumpulan Bing Bang dan Infinite turut mendapatkan sambutan yang hangat daripada penonton. Ini berikutan, kedua-dua kumpulan itu juga baru pertama kali menghiburkan peminat mereka di Singapura.
Apa yang menarik, konsert yang diadakan pada 23 Oktober 2010 yang lalu ini, bukanlah kali pertama diadakan kerana pihak penganjurnya iaitu Proof Label Ltd telah menjadikannya sebagai konsert tahunan yang dibuat pada setiap tahun di Singapura.
Pun begitu, konsert ini dikategorikan sebagai konsert yang terbesar sekali sebanya ia bukan saja dihadiri oleh warga Singapura tetapi turut mengumpulkan kesemua peminat artis Korea Selatan dari seluruh Asia termasuklah Malaysia, Thailand, Japan dan China. Malah, Australia pun ada.
Sepanjang konsert ini belangsung, 2 pengacara dari Korea selatan telah ditemani seorang pengacara dari Singapura untuk menggamatkan lagi konsert tersebut.
Apa yang menarik, suasana di dalam stadium pada malam tersebut telah dipenuhi dengan rona warna warni yang mewakili warna rasmi bagi setiap kumpulan yang beraksi pada malam itu.
Pembukaan konsert telah dibuat oleh kumpulan FT Island yang kali kedua mengadakan konsert di Singapura dan diakhiri kumpulan yang tengah meletup-letup sekarang ini iaitu kumpulan Big Bing menerusi lagu penutup We Are The World.
Sementara itu, pihak media dimaklumkan bahawa Girl Generation adalah kumpulan yang terakhir tiba ke konsert dan mereka hanya berada di lokasi 2 jam sebelum konsert dimulakan.
Malah, kumpulan ini juga terpaksa bergegas segera ke lapangan terbang selepas konsert tamat. Bagaimanapun, Girl Generation telah berjanji untuk ke Singapura lagi bagi mengadakan konsert mereka secara solo.

0 comments:

안녕하세요
내 사랑
내가 사랑하는
khuntoria + yongseo + adam couple

my playlist 2

my playlist


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Followers