THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, November 22, 2010

elyana kahwin


KUALA LUMPUR 22 NOV 2010: Majlis berkonsepkan vintage Inggeris mengiringi upacara persandingan penyanyi dan pelakon, Elyana dan suami, Khairul Anuar Hussin di Duchess Place, Ampang pada malam Sabtu lalu.
Manis mengenakan busana cokelat air rekaan Zery Zambri, kehadiran pengantin nyata memukau hadirin yang ada pada malam itu. Sama cantik dan sama padan kesempurnaan pasangan tersebut sebagai raja sehari terserlah sewaktu kedua-duanya singgah di pelamin rekaan Armam Abdul Rahman yang berkonsepkan non-symmetri.
Dihadiri oleh saudara mara, sahabat handai dan teman media, majlis berlangsung dalam suasana yang harmoni dan indah. Malah kehadiran tetamu kehormat iaitu YAM Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menambahkan seri majlis tersebut.
Selain disajikan dengan makanan yang enak, tetamu dan pengantin disajikan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi jemputan Bob AF, Nabil Zamanhuri dan Farhan yang berjaya menceriakan semua yang ada.
Dalam keasyikan melayani juadah serta persembahan, mata setiap tetamu terpukau dengan kehadiran pengantin sekali lagi yang muncul dengan busana rekaan Hazwani Osman yang bertemakan pakaian Inggeris klasik yang dinamakan 'The White Love' bagi upacara memotong kek.
Mengambil masa hampir tiga jam majlis persandingan tersebut berakhir pada pukul 11 malam. Antara teman artis yang hadir adalah Sherry Ibrahim, Zarina Zainuddin, Serina Chef Wan, Farah Asyikin dan Anita Baharom.
Terdahulu pada sebelah petangnya, satu lagi majlis persandingan telah diadakan bagi meraikan sanak saudara terdekat.
Pasangan tersebut telah pun melangsungkan pernikahan pada Jumaat lalu di lokasi yang sama

0 comments:

안녕하세요
내 사랑
내가 사랑하는
khuntoria + yongseo + adam couple

my playlist 2

my playlist


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Followers