THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, November 23, 2010

ss301



31 JULAI 2010: Sedang Murai Batu sibuk belek-belek kain untuk dibuat baju raya tahun ni, kekasih lama Murai Batu yang kini menetap di Korea muncul menyampaikan berita terbaru berkenaan band kegemarannya, SS501.
Sebut SS501, terus Murai Batu terbayangkan 5 anak muda dengan wajah jambu tak hengat berserta dressing warna-warni yang sentiasa membuatkan gadis-gadis menjerit histeria setiap kali kemunculan mereka.
Jadi apa kes lak dengan SS501 ni? Lalu teman Murai Batu tu memberitahu yang SS501 selepas ini mungkin tidak lagi bergelar SS501, tapi akan jadi SS301, dalam erti kata lain mereka bukan lagi berlima tapi akan tinggal bertiga. Nak tahu apa sebabnya?
Baru-baru ini, industri hiburan Korea dikejutkan dengan berita ketua kumpulan SS501, Kim Hyun Joong yang enggan menyambung kontrak bersama agensi rakaman yang menaungi mereka selama ini, DSP Entertainment sebaliknya menyertai agensi bakat, KeyEast.
Hyun Joong, yang dikenali sebelum ini melalui drama Boys Over Flowers (drama feveret editor Murai, Ajieb), nekad untuk menyertai KeyEast demi mengembangkan kariernya dalam bidang lakonan.
Keputusan mengejutkan itu dibuat sewaktu mereka masih lagi dalam rangka promosi single terbaru, Love Ya dan pada masa yang sama, kontrak SS501 sendiri bersama DSP Entertainment telah berakhir pada 7 Jun 2010.
Tidak lama selepas itu, seorang lagi ahli iaitu Park Jung Min, turut menyuarakan hasratnya untuk mengejar karier dalam bidang lakonan bersama pihak pengurusan lain, sekali gus turut meninggalkan SS501 kepada hanya 3 orang ahli iaitu Heo Young Saeng, Kim Kyu Jong, dan Kim Hyung Jun (apasal banyak sangat 'Kim' ni? Pastu nama pun lebih kurang sama!).
Ketiga-tiga ahli yang tinggal ini bagaimanapun berhasrat untuk kekal sebagai satu kumpulan dari meneruskan karier sebagai artis solo dan sekarang khabarnya sedang mencari pihak pengurusan baru untuk mereka. Jadi, ini bermakna kesemua ahli bukan lagi bersama DSP Entertainment, agensi yang bertanggungjawab memperkenalkan mereka di industri hiburan Korea.
Begitulah penerangan dari teman Murai Batu tuh. Secara tak langsung mengingatkan Murai Batu pada kumpulan N'Sync yang mencipta nama secara berlima tapi sekarang hanya seorang saja masih bergiat aktif.
Murai Batu pernah jugak la layan kagu-lagu SS501 ni. Suara mereka memang boleh tahan seiringan dengan wajah jambu mereka, sayang jugak kalo mereka berpecah macam tu jer. Tapi begitulah ragam dalam industri hiburan ni, kejap bersama dan mencipta kegemilangan, kemudian berpecah dan hilang begitu jer. Tak kira samada Korea, Amerika atau negara kita sendiri, perpecahan sentiasa berlaku.
Kepada teman Murai Batu tu, janganlah sedih-sedih. Banyak lagi kumpulan kat Korea yang best-best untuk dilayan. Lagipun masih tiada pengumuman rasmi yang SS501 betul-betul dah berpecah, cuma kontrak mereka jer yang dah tamat. Jadi ada kemungkinan mereka masih bersatu

0 comments:

안녕하세요
내 사랑
내가 사랑하는
khuntoria + yongseo + adam couple

my playlist 2

my playlist


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Followers