Hal ini terbukti apabila fesyen seluar pendek yang sering digayakan kebanyakan artis-artis ini turut menjadi ikutan di kalangan peminat mereka.
Bagaimanapun, kerajaan Thailand secara rasminya telah mengumumkan serta memberi amaran kepada semua rakyat jelatanya agar tidak berpakaian seluar pendek seperti artis wanita dari Korea Selatan ini.
Pengumuman tersebut telah pun dibuat pada pagi Selasa yang lalu iaitu pada 5 Oktober 2010 menerusi saluran berita MBC.
Dalam laporan TV itu, wakil kerajaan Thailand mengingatkan kebanyakan anak remaja perempuan supaya tidak terpengaruh dengan fesyen seluar pendek ini yang digelar stail Korea ini.
Apa yang menarik, larangan ini dibuat berikutan pakaian ini boleh menyebabkan meningkatnya penyakit demam denggi yang kronik di Thailand.
"Remaja yang memakai seluar pendek ini mudah digigit nyamuk aedes. Mereka perlulah memakai seluar panjang," ujar Menteri Kesihatan Thailand, Anutarasak.
Kenyataan ini turut dibuat berdasarkan laporan pesakit denggi di Thailand yang sudah mencecah 90, 000 orang pada tahun ini.
0 comments:
Post a Comment