24 OKT 2010: Sudah sekian lama, penyanyi Hot N Cold, Katy Perry bersama kekasihnya Russell Brand yang jugak seorang pelawak merancang untuk mendirikan rumahtangga. Akhirnya apa yang dirancang oleh mereka menjadi kenyataan jua.
Apa tidaknya, pada hari Sabtu yang lalu,diberitahu bahawa Kate Perry dan Russell Brand telah pun melangsungkan perkahwinan mereka di sebuah pusat peranginan bernama Aman-I-Khas di Jaipur, India.
Bukan hanya setakat berkahwin di India, malah upacara perkahwinan mereka juga turut dilakukan dalam adat-istiadat Hindu yang penuh ritual. Bermula dengan penyembahan patung dewa India Ganesh, Katy dan Russell juga perlu berjalan dalam putaran yang sama sebanyak 5 kali sambil menuturkan beberapa mantra dalam bahasa Sanskrit.
Kemudian, barulah mereka dibolehkan berjalan beriringan ke gazebo yang dilengkapi dengan sebuah singgahsana yang cukup cantik sepanjang upacara perkahwinan mereka itu berlangsung. Malah, Katy juga turut mengenakan gaun pengantin yang cukup tradisional sambil menutupi kepalanya dengan selendang yang cukup indah buatannya.
0 comments:
Post a Comment