THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, December 1, 2010

saranghaeyo


 Tidak dinafikan sudah banyak di kalangan remaja Malaysia yang cukup menggilai artis-artis dari Korea Selatan seperti penyanyi Rain, Wonder Girls, Girls Generation, Super Junior dan FT Island.
Kegilaan ini tercetus hasild aripada pengaruh kuat drama bersiri Korea Selatan yang menjadi pujaan masyarakat tempatan seperti drama Full House, Boys Over Flower, Coffer Prince, Princes Hours dan banyak lagi.
Berdasarkan respon dan semangat berbokar-bokar peminat seni Korea Selatan, Organisasi Pelancongan Korea atau Korea Tourism Organisation (KTO) telah pun melancarkan kelab peminat korea yang diberi nama Saranghaeyo Korea Club.
Kelab ini telah dilancarkan pada 22 Mei lalu yang mana kebanyakkan program yang akan dijalankan dibawah kelolaan kelab ini bakal menyokong serta mempromosi lagu, filem dan drama dari Korea Selatan.
Pada majlis pelancaran itu, lebih 200 ahli yang berdaftar telah meriahkan majlis tersebut. Apa yang pasti, setiap ahli yang ada pada hari itu telah diberikan taklimat tentang kelebihan dan kepentingan setiap ahli.
Selain itu, setiap penyokong kelab ini akan diberikan hadiah menarik serta kad keahlian yang mana boleh digunakan sebagai kad untuk mendapat diskaun di mana-mana kedai terpilih yang menjual produk dari Korea Selatan.
adi, bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai kelab ini, anda boleh datang mendaftarkan diri di Plaza Korea, Menara Hap Seng, Kuala Lumpur. Anda juga boleh menghubungi mereka dengan menghantar emel ke koreasupporter@gmail.com atau hubungi KTO di talian 03-2072 2515.

blind date



Salah seorang anggota band hip hop Big Bang, Taeyang baru-baru ini telah membuat pengakuan yang mengejutkan apabila dia mengakui pernah bertemu dengan Yuri dari SNSD secara 'blind date' sewaktu musim sejuk yang lalu.
Pengakuan itu dibuat Taeyang sewaktu ditemuramah dalam satu program TV untuk siaran di Korea baru-baru ini. Taeyang membuat pengakuan tersebut sewaktu dia ditanya tentang soalan yang berkaitan single terbarunya, I Need A Girl dan tanpa segan silu mengakui: "Saya tidak terlibat dalam mana-mana hubungan sebelum ini, dan saya betul-betul ingin menjalin hubungan dengan gadis yang saya minati dan hubungan itu nampaknya akan bermula tahun ini".
Turut memberi respons terhadap pengakuan Taeyang ialah rakan sekumpulannya, Seungri yang turut hadir bersama Taeyang dalam program TV tersebut.
"Nampaknya perkara ini benar sebab Taeyang sering dilihat keluar bersendirian untuk pergi menonton konsert SNSD tanpa pengetahuan anggota Big Bang yang lain, tetapi kami tahu ke mana dia pergi.", kata Seungri.
Taeyang yang tiba-tiba diserang rasa bersalah terhadap pengakuan kawan baiknya itu terus memberi penjelasan: "Perkara itu berlaku ketika saya sibuk menyiapkan material untuk album solo saya dan keadaan mula jadi bertambah rumit apabila saya tiba-tiba berasa sangat tertekan.
"Pada waktu itulah seorang rakan mencadangkan saya keluar dan bertemu dengan seorang gadis kenalannya. Saya yang teruja, mengikut cadangan beliau dan keluar untuk bertemu gadis itu. Tanpa disangka gadis itu ialah Yuri dari SNSD".
"Berkenaan dengan konsert itu pula, saya pergi atas jemputan Yuri sendiri. Selepas pertemuan itu, kami masih berhubung dengan baik. Pada waktu yang sama juga Seungri telah menyambung pelajaran di Chung-ang University dalam major teater dan lakonan, kursus yang sama diambil oleh Yuri di universiti itu dan saya mula risau sekiranya dia dapat tahu hal saya dan Yuri. Dan nampaknya perkara ini telah diketahui beliau (Seungri)," jelas Taeyang lagi.
Taeyang yang bimbang jika rakan-rakannya dalam Big Bang terasa hati dengan tindakannya keluar bertemu Yuri secar rahsia turut menambah: "Jelas hubungan saya dengan Yuri setakat ini hanyalah sekadar kawan biasa. Jika hubungan jadi lebih serius lagi selepas ini, saya akan segera memberitahu anda semua (merujuk kepada anggota Big Bang yang lain)".
Seungri kemudian menambah secara jenaka: "Bukankah setiap hubungan bermula dengan persahabatan?" yang seterusnya disambut gelak tawa oleh audiens program TV itu.
Hos program kemudian menamatkan perbualan mereka dengan meminta Taeyang menyampaikan ucapan video kepada Yuri. Dan dalam ucapan untuk video itu, Taeyang berkata : "Yuri, anda adalah antara orang yang paling rapat dengan saya dan saya minta maaf di atas pengakuan ini. Harap perkara ini tidak akan menjejaskan hubungan baik kita".

Tuesday, November 30, 2010

b2st....

tdi tgk kt youtube....fancam...de yg tunjuk mic jun hyung jatuh....kesian btol...hyun seung terlanngar tangan hyun jung..2 yg jatuh 2....nseb mse hyun jung x  nyanyi...then tgk about yo seob..poor him...he looked so tired...dong woon dgn dye de ckp..tpi xtaulah ckp pew...omo...kesian tgk artis korea ni...de tgk jgak krystal f(X) jatuh pengsan kat atas pentas....terus stop  nyanyi f(X)....diorg mesty penat sgtkn???then tgk jgak 2pm the making i'll be back...lgi lh kesian....sbb diorg kna wat blek klu xjdi...klu de break jek...diorg trus terduduk..kesian btol....oklah...smpi sni sje...anyeong...4 korean artist hwaiting!!!!

Monday, November 29, 2010

seluar pendek korea


Hanya kerana populariti artis-artis dari Korea Selatan semakin memuncak dan menular di seluruh asia, majoriti kumpulan pop Korea wanita kini secara tidak langsung rekah menjadi ikon dalam bidang fesyen terutama sekali di kalangan gadis-gadis muda.
Hal ini terbukti apabila fesyen seluar pendek yang sering digayakan kebanyakan artis-artis ini turut menjadi ikutan di kalangan peminat mereka.
Bagaimanapun, kerajaan Thailand secara rasminya telah mengumumkan serta memberi amaran kepada semua rakyat jelatanya agar tidak berpakaian seluar pendek seperti artis wanita dari Korea Selatan ini.
Pengumuman tersebut telah pun dibuat pada pagi Selasa yang lalu iaitu pada 5 Oktober 2010 menerusi saluran berita MBC.
Dalam laporan TV itu, wakil kerajaan Thailand mengingatkan kebanyakan anak remaja perempuan supaya tidak terpengaruh dengan fesyen seluar pendek ini yang digelar stail Korea ini.

Apa yang menarik, larangan ini dibuat berikutan pakaian ini boleh menyebabkan meningkatnya penyakit demam denggi yang kronik di Thailand.
"Remaja yang memakai seluar pendek ini mudah digigit nyamuk aedes. Mereka perlulah memakai seluar panjang," ujar Menteri Kesihatan Thailand, Anutarasak.

Kenyataan ini turut dibuat berdasarkan laporan pesakit denggi di Thailand yang sudah mencecah 90, 000 orang pada tahun ini.



 Murai Batu rasa ramai yang terkejut bila dapat tahu cerita ni kan? Robert Pattinson dengan Kristen Stewart dah ada anak? Biar betul... Tapi, hakikatnya begitulah. Malah, Robert dengan Kristen dah pun perkenalkan anak diaorang.
Dia adalah Mackenzie Foy iaitu aktres cilik yang sedang meningkat naik pada masa kini. Aktres cilik inilah yang akan membawakan watak sebagai Renesmee iaitu anak kepada pasangan vampire dan manusia iaitu Edward Cullen dan Bella Swan dalam siri Twilight Saga: The Breaking Dawn.
Pemilihan Mackenzie yang sebelum ini pernah membintangi siri TV, Til Death dan Flashword nampaknya cukup menyenangkan si pengarang novel Twilight iaitu Stephanie Meyer.
Dalam fan page Twilight di Facebook, Stephanie telah meluahkan kegembiraannya itu. Baginya, Mackenzie adalah seorang aktres yang cukup mengagumkan dan akat lakonannya juga sangat luar biasa.
Jiak tiada aral, filem ini sendiri khabarnya akan ditampilkan dalam 2 bahagian yang mana bahagian pertama akan dilancarkan pada 18 November 2011 dan bahagaian kedua pula pada 12 November 2012. Shooting filem ini pula akan bermula pada November ini.

Friday, November 26, 2010

wedding dress


MBC’s “Bouquet” hosted a very special event on their show called ‘Wedding 21“, which pitted girl group members and solo female artists against each other for the chance to win a professional photoshoot while wearing designer wedding dresses. The participants for the event included miss A,SECRETSISTARChae YeonNS Yoonji, and many more.
Participants had to successfully propose to their ‘fiancees’, who then revealed their top 4 picks of the group. So which lucky ladies made the cut?
miss A’s Suzy and Min, SECRET’s Sunhwa, and Chae Yeon had successfully swept their ‘fiancees’ off their feet and won the special bridal photoshoot!
Suzy stood out the most with her beautiful slender shoulders, as emphasized by the tube top dress. Photographers were also said to have favored her by giving Suzy more cuts.
Indeed, the compliments towards the young singer were unending, and earned her the highly-coveted ‘A’ cut that brought out the jealousy in many.

Thursday, November 25, 2010

kim beom


Actor Kim Bum's recent selca's are becoming hot topics among netizens.

Recently, Photo's of Kim Bum has been uploaded on his mini hompi that revealed the actor in his daily life. The photo's seemed like it was from a photo shoot as Kim Bum looked very handsome. He was wearing a hooded jacket and a pair of sunglasses, despite his face being covered up, the photo's are making a lot of fans crazy.

Netizens commented, "He poses like a model so naturally", "Images of his daily life is like a photo shoot", "oh cool! he looks so unrealistic". 

안녕하세요
내 사랑
내가 사랑하는
khuntoria + yongseo + adam couple

my playlist 2

my playlist


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Followers