THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, December 1, 2010

blind date



Salah seorang anggota band hip hop Big Bang, Taeyang baru-baru ini telah membuat pengakuan yang mengejutkan apabila dia mengakui pernah bertemu dengan Yuri dari SNSD secara 'blind date' sewaktu musim sejuk yang lalu.
Pengakuan itu dibuat Taeyang sewaktu ditemuramah dalam satu program TV untuk siaran di Korea baru-baru ini. Taeyang membuat pengakuan tersebut sewaktu dia ditanya tentang soalan yang berkaitan single terbarunya, I Need A Girl dan tanpa segan silu mengakui: "Saya tidak terlibat dalam mana-mana hubungan sebelum ini, dan saya betul-betul ingin menjalin hubungan dengan gadis yang saya minati dan hubungan itu nampaknya akan bermula tahun ini".
Turut memberi respons terhadap pengakuan Taeyang ialah rakan sekumpulannya, Seungri yang turut hadir bersama Taeyang dalam program TV tersebut.
"Nampaknya perkara ini benar sebab Taeyang sering dilihat keluar bersendirian untuk pergi menonton konsert SNSD tanpa pengetahuan anggota Big Bang yang lain, tetapi kami tahu ke mana dia pergi.", kata Seungri.
Taeyang yang tiba-tiba diserang rasa bersalah terhadap pengakuan kawan baiknya itu terus memberi penjelasan: "Perkara itu berlaku ketika saya sibuk menyiapkan material untuk album solo saya dan keadaan mula jadi bertambah rumit apabila saya tiba-tiba berasa sangat tertekan.
"Pada waktu itulah seorang rakan mencadangkan saya keluar dan bertemu dengan seorang gadis kenalannya. Saya yang teruja, mengikut cadangan beliau dan keluar untuk bertemu gadis itu. Tanpa disangka gadis itu ialah Yuri dari SNSD".
"Berkenaan dengan konsert itu pula, saya pergi atas jemputan Yuri sendiri. Selepas pertemuan itu, kami masih berhubung dengan baik. Pada waktu yang sama juga Seungri telah menyambung pelajaran di Chung-ang University dalam major teater dan lakonan, kursus yang sama diambil oleh Yuri di universiti itu dan saya mula risau sekiranya dia dapat tahu hal saya dan Yuri. Dan nampaknya perkara ini telah diketahui beliau (Seungri)," jelas Taeyang lagi.
Taeyang yang bimbang jika rakan-rakannya dalam Big Bang terasa hati dengan tindakannya keluar bertemu Yuri secar rahsia turut menambah: "Jelas hubungan saya dengan Yuri setakat ini hanyalah sekadar kawan biasa. Jika hubungan jadi lebih serius lagi selepas ini, saya akan segera memberitahu anda semua (merujuk kepada anggota Big Bang yang lain)".
Seungri kemudian menambah secara jenaka: "Bukankah setiap hubungan bermula dengan persahabatan?" yang seterusnya disambut gelak tawa oleh audiens program TV itu.
Hos program kemudian menamatkan perbualan mereka dengan meminta Taeyang menyampaikan ucapan video kepada Yuri. Dan dalam ucapan untuk video itu, Taeyang berkata : "Yuri, anda adalah antara orang yang paling rapat dengan saya dan saya minta maaf di atas pengakuan ini. Harap perkara ini tidak akan menjejaskan hubungan baik kita".

0 comments:

안녕하세요
내 사랑
내가 사랑하는
khuntoria + yongseo + adam couple

my playlist 2

my playlist


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Followers